Thursday, March 18, 2010

hostel dan rumah sewa

Meriah. Itu salah satu sebab mengapa saya suka duduk di hostel. Bunyinya macam pelik aje kan. Tapi memang itu la hakikatnya. Sebelum masuk ke hostel, keadaan rumah sewa yang saya diami sangat sunyi. Sampaikan tiap langkah kaki pun saya dapat dengar. Bunyi jam dinding yang berdetik kencang seakan terdapat microfon disitu. Bayangkan keadaan saya di rumah apabila semua housemate tiada di rumah.


Rasa macam loser pun ada. Tinggal seorang diri, pandang dinding, pandang cermin, pandang tingkap, pandang segala objek yang tersusun di bilik dan ruang tamu. HAHA Jiwa seakan kosong kerana tiada teman berbicara. Mulut yang biasanya bercakap tanpa henti ini seakan terkunci dan sememangnya silence itu mendera tiap-tiap saat. Hah..


Seronok tinggal di hostel. Nampak ramai manusia ulang alik lalu di hadapan bilik. Di tambah pula dengan kehadiran roomates yang menceriakan. HAHA Seronok makan beramai-ramai dan tengok movie bersama-sama. Kalau di rumah sewa, mana mungkin dapat sebegini. Kalau dapat pun jarang-jarang sekali. Seronok. Dah tiga kali perkataan seronok diulang. Okay, memang SERONOK :D :D


Faktor lain yang menyumbang ialah:
1. Jarak hostel yang berdekatan dengan fakulti.
2. Masa lebih terisi.
3. Masa lebih teratur.
4. Kemudahan kafe yang banyak, duduk di rumah sewa leceh. Saya malas masak sendiri. HAHA
5. Senang nak buat group assignment kerana kawan-kawan yang lain juga tinggal di hostel.
6. Seronok .
7. Seronok.


Cukup, saya dah tiada idea. Tapi memang seronok. Alhamdullilah :)

No comments:

Post a Comment