
picture googled
Sepanjang menuntut di shah alam, ini baru kali pertama bersemangat nak celebrate malam kemerdekaan. Sebelum ini ada sahaja alasan, yang pasti alasan lazim ialah MALAS. Tapi untuk semester akhir di sini, saya sedikit berkobar-kobar. Harap-harap ini adalah semester akhir pengajian saya di sini. Risau FYP yang masih kabur dan samar. Eh apasal kau bercerita pasal FYP pula ni. Okay, patah balik ke cerita asal.
Saya pergi berdua dengan Piah. Rancangan asal ada 4 orang yang lain mahu turut serta, tapi masing-masing batalkan hasrat kerana mahu ganti tidur. HAHA Ini semua kes buat assignment ETHICS. Saya sendiri pun 4 hari 4 malam tidak tidur. Eh itu tak betul, 4 hari 4 malam tak cukup tidur aje. HEHE Alhamdullilah dah siap submit dengan senyum lebar :)
Sambutan yang meriah. Saya sangat bersemangat sepanjang perjalanan ke sana, mungkin kerana julung-julung kali saya sampai di stadium dalam kampus ni. Stadium pun cantik dan besar. HAHA Sengal kerana dah tahun akhir baru sibuk-sibuk nak menjelajah kampus. Ok, saya akan lakukan lebih banyak siri penjelajahan dalam kampus selepas ini.
Ada persembahan sketsa oleh abang-abang dan kakak-kakak palapes, nyanyian, tarian asli dan seperti biasa ucapan patriotik. Eh, bunga api pun ada juga tau. Saya berusaha nak tangkap setiap shot bunga api, tapi tak tahu bagaimana hasilnya. Moga-moga cantik. HAHA Maklumlah, kamera saya dah tak boleh keluarkan flash. Ceh, guna kamera Piah.
Okay, Salam kemerdekaan negaraku yang tercinta.
No comments:
Post a Comment