Assalamualaikum. Lama aku tak mencoret kisah repekan di blog ni. Apa khabar anda semua. Masih ada yang sudi baca blog ni? Ada yang mungkin rindukan aku? Haha Soalan yang pastinya tak payah la korang jawab. Nanti aku jadi segan silu pula. Okay. Perasan, sila abaikan.
Ini update terkini aku yang berstatus TM atau lebih spesifiknya Tunggu Meminang. Tak kan la aku yang kena meminang kan. Iya, memang aku kena pergi meminang. Bukan meminang lelaki kacak yang baik hati di luar sana, tapi sebaliknya kena meminang kerja. Bukan mudah nak meminang kerja ni kan. Hehe
Alhamdulilah aku diberi kesempatan untuk merasa pengalaman meminang kerja. Pertama kalinya berpeluang ke kotaraya KL dan naik ke pejabat besar-besar setelah dipanggil untuk interview. Memang pengalaman yang tidak dilupakan. Cewah ! Seronok tau pergi temuduga ni, walaupun kantoi beberapa soalan. Itu baru namanya belajar dari pengalaman kan...




All the best!
ReplyDelete