Friday, July 30, 2010

Lucky Draw

Hari Rabu yang lepas, saya tak pergi jumpa supervisor. Saya berkira-kira alasan apa yang mahu diberi. Semua alasan yang terlintas di benak fikiran tidak cukup kukuh. Jadi, saya memutuskan untuk beri alasan sebab tiada progress yang mahu ditunjukkan. Fuh...Berani aku buat macam gitu, entah kekuatan apa yang aku dapat sampai mahu escape dari appointment. HAHA


Ok. Selesai sesi escape dari appointment. Tapi, malam selepas itu, timbul rasa bersalah. Alahai, macam mana ni. Rasa macam dah jadi seorang pelajar yang pemalas. HAHA Esok pagi, awal-awal pagi ye kawan-kawan saya pergi serah diri. Ala-ala serah diri rela untuk dipancung. Ketuk pintu, buat muka bersalah, terus minta maaf.HEHE


Kami : "maaf sangat-sangat puan, sebab tak dapat datang semalam"
SV : "You all patut jumpa I bila?
eh...ini macam nada marah. Sila bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Kami : "Semalam puan, tapi kami tak datang"
Dengan muka takut-takut.
SV : " Lucky you all tak datang semalam. I pun ada meeting tiba-tiba semalam"

Kami : "Oh ye ke puan.."



Wohoho..Lucky Draw la. Macam ini boleh buat selalu. OK Janji dah tak buat. Insaf. Maaf. Kesal dengan diri sendiri.


HEHE :)


3 comments: