
picture from google images
Banyak benda yang tidak sangka-sangka datang menyapa. Mungkin sapaan itu kadang-kadang melakar senyuman pada hati dan mungkin juga merobek luka keluh dan resah. Tapi aku akui, sesuatu yang tidak disangka-sangka itu memang menyerikan kehidupan. Biarpun pahit terpaksa di telan dan manis juga harus lah ditelan. Tiba-tiba pula kan.
Aku berjalan keluar bersama 2 lagi teman selepas selesai sesi taklimat. Fikiran kosong dan masih di awangan. Aku memikirkan course yang ditawarkan. Memang menarik dan sangat berharga. Mana mungkin dapat rezeki sebegini di tempat lain, itu la yang disebut sebagai rezeki seorang pelajar yang tidak disangka-sangka. Semua kawan-kawan juga dapat, alhamdulilah. Itu juga lumrah dalam kehidupan. Mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Benda yang tidak disangka-sangka sebegini mampu menghilangkan resah dan gelisah yang lain.
Paling tidak disangka, apabila keluar dewan dan ternampak dia. Ini juga dikira perkara yang tidak disangka-sangka. Dia yang kelihatan masih sama seperti kali terakhir aku terserempak dengannya. Kira-kira 3 minggu yang lepas, masih sama. Aku hanya mampu tersenyum, tapi pahit dan kelat. Aku senyum dalam hati dan aku terus berlalu. Tapi hati memberontak mahu bertegur sapa. Mana mungkin.
Di awal minggu, 2 tugasan perlu dihantar. Tapi aku leka dan bertangguh, mungkin juga akibat terlalu seronok dan sakan berhari raya. Itu sikap yang aku masih gagal tangani dan akibatnya tugasan berkenaan terbengkalai separuh jalan. Aku datang juga kelas berkenaan dengan tangan kosong walhal rakan-rakan lain gagah dan tersenyum memegang tugasan yang selesai. Aku??? Bersembunyi disebalik wajah rakan-rakan apabila tugasan perlu dihantar.
Tapi, adegan tidak disangka-sangka berlaku apabila tugasan berkenaan ditunda, dan perlu dihantar pada hari sabtu. Bermaksud, aku miliki lagi 5 hari untuk menyiapkannya. Perkara yang tidak disangka-sangka, aku tersenyum girang dalam hati walaupun muka penuh keluh kesah.
Tidak disangka-sangka, kedai TS merosakan assignment aku. Salah binding dan menyebabkan saiz A4 menjadi A5 mungkin? Muka surat bercelaru dan aku perlu berulang alik 3 kali ke kedai. Tapi, aku redha. Yang pasti tugasan selesai dan menunggu esok untuk sesi oral. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Insyallah
Mengharapkan peristiwa gembira yang tidak disangka-sangka esok :))
hai nabil!
ReplyDeletegembira nampak~
;p
sengaja menceriakan diri
ReplyDeletehehe :))