
Hola. Selamat menunaikan ibadah puasa enam. Anda semua dah berpuasa 6 hari? wah dah beraya puasa enam la ni ye. Aku dah mula berpuasa semenjak minggu lepas. Maka program diet pun telah dilancarkan juga bersempena puasa, jadi apa salahnya control makan juga.
Tapi hari ini dalam perjalanan pulang dari kelas, kedai makcik nasi kerabu buka pula! Haih.. Boleh pula aku berkira-kira mahu beli atau tidak. Terliur, tambah lagi mengenangkan perut yang menjerit-jerit mahu minta berbuka dengan nasi kerabu. Maka, kalah juga kepada nasi kerabu. Mujur sedap seperti biasa.
Alhamdulilah
No comments:
Post a Comment