Friday, October 1, 2010

jamuan raya

Hari khamis yang lepas pihak pengurusan fakulti telah adakan jamuan hari raya. Pada mulanya, aku langsung tak berniat nak pergi. Sebab utama adalah kerana pada hari khamis aku hanya ada satu kelas iaitu pukul 4 hingga 6 petang. Jamuan pula bermula seawal 11 pagi hingga 2 petang, memang malas nak keluar bilik kalau tiada perkara penting. Tapi makanan pun penting juga kan Haha Walaupun dari tingkap bilik ni boleh nampak pekerja-pekerja sudah mula memasang khemah pada malam sebelumnya.


Nak dijadikan cerita, aku mahu berjumpa seorang rakan untuk bertanya coding. Kebetulan dia pun berada di fakulti dan bercadang nak hadiri jamuan berkenaan. At last, aku pun join juga la jamuan tu atas pelawaan dia serta ada 3 points penting yang lain. Pertama, jumpa rakan untuk tanya coding, kedua mahu jumpa lecturer ethics dan ketiga, langsung stay di fakulti sehingga jam 4 petang untuk kelas formal language.


Biasa lah, kalau aktiviti jamuan makan percuma ni memang kena beratur panjang tak pun berasak-berasak. Memang ini lah keseronokan jamuan. Terasa berlumba-lumba nak ambil makanan banyak-banyak, lepas tu makan beramai-ramai sampai perut cramp. Eh, tak ada la sampai cramp pula kan. hehe


Kami berpeluang makan lamb roast, sate, cendol, pasembor dan ais kerim. Nampak juga kelibat manusia-manusia lain memegang nasi tomato, laksa, nasi himpit dan lemang. Kami tercari-cari juga gerai-gerai juadah berkenaan, tapi mungkin kelibat manusia telah menenggelamkan gerai-gerai berkenaan.


Saya bertembung dengan beberapa rakan lama. Paling tak best apabila 2/3 orang memperkatakan benda yang sama. Haha


1) "Apa pasal muka kau banyak jerawat???" . Okay yang ini boleh bersabar lagi. Haha Alasan yang aku bagi, biasalah stress belajar. hehe


2) "Nampak berisi lah !!!" Ha, yang ini memang buat aku stress betul. haha Makanya, aku bagi alasan cover line. "Eh, memang la dari dulu pun berisi macam ini" :p


Oh ya, 3/4 kali bertembung dan aku syok sendiri. Haha Sampaikan rakan aku yang dua orang ni tanya kenapa. Rahsia, jawapan ringkas. Okay, mood masih berhari raya??? Em, kerja pun banyak. Aku nak update pasal jamuan raya di tasik, tapi masih tiada kesempatan dan mood. Kena update juga kerana masa dah tua-tua nanti nak review. Hehe :)


No comments:

Post a Comment