Sunday, October 3, 2010

ronda klang, banting, teluk panglima garang

Selamat hari raya, mood masih beraya walaupun sedar bertimbun kerja menanti di hostel. Maka, tinggalkan hostel untuk lupakan kerja buat sementara waktu. Balik hostel nanti, kita menangis sama-sama, siapkan kerja sampai cramp. Mudah-mudahan kerja dapat diselesaikan. Tak mengapa, pergi beraya dapat menziarahi keluarga kawan-kawan serta dapat makan juadah enak-enak. Hehe


Nampaknya susun atur gambar adalah tidak mengikut kronologi perjalanan berhari raya semalam. Maka, saya pun terpaksa bercerita dalam kronologi mengundur. Ini kinah, sedang sibuk view gambar-gambar sepanjang beraya ketika sampai di rumah kakak saudara baity. Lawa rumahnya, kami sampai jam 7.00 pm akibat heavy jammed di klang. Alahai, sampai-sampai berebut nak kerjakan solat asar. Hehe


Menu di sini ialah laksa johor, rendang daging, nasi himpit dan kuih raya yang sangat bergaya. Kuih raya pun bergaya tau, tak pernah aku tengok kuih raya yang comel-comel begitu, rasa pun sedap. Segan pula nak tangkap gambar depan tuan rumah. Kami pulang ke shah alam jam 8.30 malam.


Nanti dulu, entry tak habis lagi. Banyak lagi gosip haha. Tipu aje. Tengok gambar 2 orang gadis yang sibuk di dapur. Siapakah???


Berpatah balik ke sesi petang iaitu beraya di rumah ija di teluk panglima garang. Fuh..cantik susun atur dalam rumah ija. Ija jamu mee bandung. Sedap :)








Ini wajah ekslusif kekasih hati nazihah dan kekasih jantung khairiyah. Pakai sedondon gitu. Tapi aku tak berkesempatan tangkap gambar mereka bersama. Maklum lah, perempuan pergi bergosip. Orang laki duduk diam-diam sambil makan kerepek. Kerepek sampai habis 2 balang. ahaaa




Khairiyah berdiri paling hadapan pakai tudung syiria warna biru, nazihah pula tudung pink yang berdiri belakang tu. Yang lain-lain ni ahli majlis bergossip sambil makan kuih raya. Baity, kinah, akma, ija, nurul, ayu, zira dan sya. Aku? jadi tukang tangkap gambar kerana kaum lelaki mogok mahu berangkat pulang setelah dipulaukan. Haha Tipu je :p




Gambar keluarga. Hampir separuh je yang dapat datang, lagi separuh ada masalah transportation. Jauh juga nak ke banting. Dalam 35km, kalau naik motor boleh sengal-sengal badan. Tapi classmate lelaki nampak gagah dan maintain cool je. Dah biasa balik ke terengganu dan pahang naik motor, ini kan pula ke banting. hehe





Ini ayu dan akma. Di halaman rumah nazihah. Rumah first kami kunjungi iaitu seawal jam 1.30 ptg. Juadah dihidangkan adalah nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, kuih raya yang berbagai jenis, agar-agar.Em apa lagi yer, banyak sangat sampai tak ingat semuanya. Hehe





Rumah nazihah.





Jemaah zohor :)


Bila aku baca balik entry ni, rasa berterabur sungguh susunannya. Tak mengapa, anda boleh layan gambar-gambar, okay? Oh ya, aku beraya sakan sampai terasa nak demam hari ni. Jenuh minum air masak banyak-banyak. Okay, take care



2 comments:

  1. ape ni.....
    pegi klang tak ajak ai..
    umah ai pun yu tak datang..
    *rajuk*

    ReplyDelete
  2. memang mula-mula nak pergi rumah awak alya
    tapi tengok la, jammed weh.
    tak dapat nak pergi hehe
    ala, plan last minute ni.

    ReplyDelete