Rasa macam nak tukar method. Tapi memikirkan kena ulangi semula prosess literature review dan tukar penulisan yang sudah masuk chapter ketiga, saya tersentak. Hendak teruskan method yang sedia ada pun masih termangu-mangu. Walhal sudah masuk minggu ke-7, sudah hampir separuh semester. Sepatutnya prototype system sudah separuh siap. Ini tidak.
Perasaan risau dan gelabah dibawa ke tidur. Mimpi yang bukan-bukan dan bila terjaga, saya mampu ingat tiap baris ayat dan watak lakonan dalam drama sebabak mimpi berkenaan. Lucu bukan, tapi ngeri pun ada kerana mimpi berkenaan sangat menakutkan. Macam mimpi kena kejar hantu, lepas itu lari sepantas yang boleh. Okay, ini dah merepek.
Betul cakap orang, kalau sesuatu benda itu kita fikirkan sangat, memang boleh terbawa-bawa dalam tidur. HEHE Sebelum tidur, ambil wudhuk okay.
No comments:
Post a Comment