Sunday, December 26, 2010

selera desa

Quick update! :)






p/s: is enjoying meal every day in home!

Thursday, December 23, 2010

this is really tired

Okay, I safely reached home on Monday, 20th Dec. Hehe Now, I am suffering slow internet connection. As usual, we suffering this in every end of the month. Just accept it as a monthly ritual. Each webpage took almost 3-5 minutes to load and waiting it is just damn tired. I haven't check my email box since I'm home.


Oh ya, I just love watch this series so called "10 things I hate about you". It is based on the original movie which I do not remember their main casts. Whatever it is, the series is interesting and you got to watch it. Hehe Happy holidays everyone.


p/s: Still thinking what I need to do soon -___-

Sunday, December 19, 2010

Exam

Esok exam. Siapa-siapa ada soalan bocor untuk paper esok?
Please tolong kami semua.
Kau exam esok hari, tapi kau sebok dengar lagu the beatles.
Haha Comel la suara derang. Okay. Stop.

UiTM #1

My fav picture :)


My fav picture as well :)


Another fav :)


Summary : All of these are my fav pictures.
Haha (poyo la kau) -___-"

hidup bermasyarakat

Kalau nak ikutkan hati dan perasaan ni, memang banyak benda kita akan komplain. Biasa la tu, sikit-sikit hal pun mesti rasa tak puas hati. Tapi itu lah, bila hidup bermasyarakat kena juga pertimbangkan rakan-rakan sekomuniti. Tak kan kau nak main suka-suka je tutup lampu sedangkan roomate kau tengah khusyuk study. Itu contoh paling tipikal.


Okay, kalau macam aku yang suka buka langsir luas-luas tak kira malam atau siang. Tapi kalau malam, mesti la tutup. Seram -_____-" Tak kisah la kalau buka langsir depan meja sendiri, tak payah la kau pergi sibuk tarik langsir depan meja orang tu pula kan. Iye la, bila study mesti nak ilham. Lebih-lebih lagi part nak menulis program (skemanya bahasa). Alamak berteraburnya ayat aku. Okay saja merepek. Yang penting, hidup bermasyarakat. Hehe -____-"

Saturday, December 18, 2010

sejuk

Tiap-tiap hari hujan. Sejuk je rasa. Kalau lazimnya waktu siang mesti tak mahu kalah, pasang kipas dengan kelajuan paling tinggi. Okay, mesti la semua tahu kelajuan paling tinggi pun adalah 5 kan. Okay, itu kalau hari-hari biasa. Sekarang ni, dalam bilik masing-masing pakai stokin bagai. Haha Kalau yang ikat sanggul tinggi-tinggi lepas tu ditambah pula pakai stokin warna hitam Eh..Eh...comel.


Tapi sejak kebelakangan ni, sejuk. Seronok kerana tidur pun lena. Bila tidur lena, nak bangun pagi pun semangat aje. Eh, mesti la bangun dengan semangat sebab dah dapat tidur yang berkualiti. Walhal, mesti ada yang salah sangka bila tidur lena, lepas tu liat nak bangun. Tidak tidak -___-"


Seronok. Harap-harap tiap-tiap hari pun sejuk macam ni. Okay, lupakan masalah kain jemuran yang tidak kering-kering kerana matahari tidak muncul untuk menyapa.


Sejuknya. Sedap tidur wei !

Friends #1

Foods. Nothing much. Well, delicious as always.


Friends who stand together along the way. Faced all the circumstances together.


The day we said good bye to each other. The day when everyone started packing all belongings and leaving good bye hug. Where everyone will missing the old good days. Time is just flew so fast and 2 years together is just flew away. And of course, I will miss all days with you guys!


Good luck in future. Hope we'll gather like this in future. Insyallah




1citizen certified

hello. finally i am announcing that i am a 1citizen certified. alhamdullilah and for your information, my batch is the first product from this training programme! Are you wonder what is this 1citizen program is about? Well…it is something like digital etiquette programe. horrey ! The 2 days course was extremely tired but the input gained are really valuable and of course are useful in future.Insyallah

The 7 topics presented by the speaker were all latest and updated to current internet scenarios. All the materials used during the 2 days course are exciting for example they used many videos and interesting slides. I like the part when they revealed the history of the Beatles. Hoyeh !

Overall, the course was excited and hopefully this certificate will help me in job hunting. hehe Oh ya, still in shah alam. Another exam is scheduled for us. I need to grab and utilize the second chance wisely. Wish me luck ! =)



Thursday, December 16, 2010

watak kehidupan

Kau adalah pelakon utama dalam wayang kehidupan sendiri
Wayang kehidupan yang menyusur pada tiap saat dan detik
Selagi mana nyawa dipinjamkan buat sementara


Kau di kelilingi oleh pelbagai wajah dan watak
Watak yang membawa pelbagai karekter dan rencana
Watak yang menemani kau di kala duka
Watak yang muncul pada saat gembira
Tapi yang menyorok di saat kau hiba


Pernahkah ada watak yang jujur pada kau
Yang mampu pinjamkan bahu bila mana kau kecundang
Yang sanggup hulurkan tangan pabila kau tersungkur
Yang sesungguhnya mampu menyuntik setitis semangat


Kau carikan watak itu untuk aku
Agar aku dapat dakap kemas
Aku bawa lari dan simpan jauh dalam hati
Biar tiada yang tahu


From a friend :)

Friday, December 10, 2010

happy birthday emak





Itu tangan mak kita tengah pilih pizza paling banyak ingredient. HEHE :D
Happy Birthday emak


FYP day #2





Kata-kata keramat yang aku tunggu dan nanti-nantikan dari supervisor dan coordinator : "Okay, awak boleh jilidkan thesis awak"


Hoorey..Yahooooooohooo


*over kejap*




Alhamdullilah :)

Tuesday, December 7, 2010

FYP day

Jeng jeng.. Hari ini saya ingin melaporkan aktiviti yang telah hampir sebulan berlalu. Senarai kepam yang saya simpan sudah semakin menyemak di dalam box draft. Hari-hari terlalu berkira-kira mahu menulis entry yang comel dan menarik berkaitan cerita di hari presentation FYP (final year project). Tapi malangnya, masalah kekeringan idea dan ketiadaan mood adalah sebab entry ini tersimpan ceruk di dalam box draft entry. Ok maafkan aku, harap result exam kita semua dapat cemerlang. Amin..


Sebelum cuti semester bermula, semua pelajar tahun akhir perlu melalui saat getir iaitu menyudahkan projek tahun akhir. Okay, seperti yang disebut di perenggan atas, saya memang tiada idea untuk elaborate kisah-kisah sepanjang hari pementasan projek. Mari tatap gambar buat kenang-kenangan di masa hadapan. Hehe


Tadaa... Ini booth syirah. Projek beliau pasal "Image Enhancement". Booth yang sangat comel dengan hiasan yang menarik. Jangan tanya bagaimana rupa booth saya, sebab saya tak upload pun gambar booth sendiri. Haha


Tata berdiri sambil menunggu examiner datang untuk evaluate projek. Tata buat pasal "Managing Jawi Database". Saya masih berdegil tidak mahu gambar booth sendiri dipaparkan di sini. Okay, mari teruskan dengan gambar-gambar booth rakan-rakan seperjuangan. -__-


Booth rakan sekelas, saya lupa booth siapa. Tapi pastinya bukan booth sendiri. Siap ada bunga-bunga comel lagi disisi meja. Hehe


Rakan-rakan sekelas yang dirindui. Eceh -___-


Rakan-rakan seperjuangan yang sibuk mendemo projek masing-masing pada pelawat dan examiner. Wajah khusyuk masing-masing. Fuhh...


Okay, say cheese ! and Smile.... 1 2 3 Snap...
Great day, great moment..
Malas nak letak gambar sendiri. Haha


Sunday, November 28, 2010

bilik baru



Pagi-pagi celik mata, nampak view cantik. Pokok-pokok menghijau, ala-ala berada di desa yang permai gitu. Kalau dari awal dapat bilik macam gini, mesti mata aku elok dan terpelihara. Maklumlah, tengok laptop entah berapa jam sehari. Buat assignment (yang ini betul), buat projek dan tidak dilupakan layan macam-macam cerita KehKeh..Belum termasuk aktiviti online yang melampau. Sekarang mata macam dah tak berapa focus, nampak lelaki kacak macam kabur-kabur je. Haha




Tidak dilupakan, kami ber6 dalam bilik ni dapat kawan baru. Hehe Pagi-pagi mesti kawan baru datang bagi surprise. Aiyoo.. Ini gambar pertama cubaan untuk mencuri buku CCNA Lynn. Haha



Okay, focus. Sekarang M cuba nak lari, setelah capai buku berkenaan. Tapi tak mampu nak angkat sebab berat buku CCNA tu. Lepas tu, M tarik-tarik tisu tu. Haha Pandai guna tisu rupanya.



Setelah dihalau secara baik, begini lah jadinya. Hanya duduk bersantai di mengenangkan nasib. haha




Hello kawan baru ! :)




Friday, November 26, 2010

mimpi









Aku bukan mahu berhujah
Bukan pula mahu menghebah
Tapi aku ini insan yang lemah
Hanya ingin melepas keluh dan kesah


Jalan yang menanti
perit tidak terperi
Bukan payah yang aku cari
Bukan sedu yang aku impi
Aku mahu membukti diri
Yang selalu bermain di dalam mimpi


Sunday, November 21, 2010

siaran pertama

Yeay
Siri pertama siaran berlintas langsung dari kolej seroja.
Ada wireless percuma, rezeki menjadi pelajar sekali lagi. Hehe
Wireless ikhsan dari kerajaan negeri. Menarik bukan?
Tapi mungkin dapat online untuk 30 minit sahaja pada setiap kali sesi login.
Okay la tu kan. As long dapat online dah kira jackpot.
Weee


Aku tengah berkursus wei

Thursday, November 18, 2010

quick update

hai. apa khabar semua :)
happy holiday
dan..
salam aidiladha

Sunday, November 14, 2010

Kerana Melayu kita, Melayu beradab

Di kala umur yang sudah mencecah awal 40-an, barulah Ali (bukan nama sebenar) terfikir untuk mencari calon isteri. Bukannya beliau tidak pernah terikir untuk beristeri, tetapi kerana kesempitan hidup yang dilalui sebelum ini membuatkan beliau berusaha keras membanting tulang empat kerat untuk menyara adik-adik di bangku sekolah. Ibu bapa telah lama pulang menghadap ilahi ketika usianya baru menjangkau 15 tahun. Seawal usia 15 tahun, segala keperluan adik-adik yang lain beliau usaha untuk penuhi.



Kini Ali seorang usahawan berjaya di kampungnya. Perniagaan yang diusahakannya 10 tahun lepas semakin berkembang. Dia berkira-kira mahu menyunting bunga yang sedang mekar di rumah Haji Ahmad. Haji Ahmad sangat di segani masyarakat kampung kerana budi pekerti dan ketegasannya. Tapi itu tidak menggetarkan semangat Ali.



Datanglah Ali ke rumah Haji Ahmad dengan membawa hajat yang besar. Anak gadis Haji Ahmad, Siti baru berusia 19 tahun. Ayu dan sopan santun budi bicaranya memikat hati Ali. Ali mulakan langkah gagahnya pada suatu petang yang hening.



Setelah mencerita hasrat hatinya, Haji Ahmad meminta dua hari untuk berbincang dahulu dengan Siti. Kata putus tidak diberikan lagi. Sebaliknya Ali diminta datang semula dua hari berikutnya. Ali akur dan mengerti, bukan mudah untuk seorang bapa menyerahkan anak gadisnya yang masih muda kepada seorang yang sudah berumur sepertinya. Tetapi Ali tidak mengalah dan pastinya dia akan menunggu dua hari lagi.







(picture from google images)


Genap dua hari berlalu, Ali ke rumah Haji Ahmad. Haji Ahmad dengan tenang berkata pada Ali,

"Pak cik teringin nak minum air kelapa muda"

Sambil Haji Ali menunjukkan jari telunjuk ke pohon kelapa yang tingginya hampir 7/8 meter di belakang rumahnya. Haji Ali berkata lagi,

"Kalau anak boleh panjat pokok kelapa berkenaan dan bawa buah kelapa itu untuk pakcik, pakcik izinkan anak bernikah dengan Siti"



Ali tergamam. Mana mungkin dia mampu panjat pohon berkenaan. Pohonnya tinggi, dan sudah pasti untuk dirinya yang berusia 40-an, sangat sukar. Tapi, Ali mengangguk dan berhasrat untuk mencuba. Tak kan dengan semudah itu dia mengalah.



Sudah 3 hari berturut-turut dia mencuba, tapi gagal. Akhirnya Ali mengalah dan kembali berjumpa Haji Ahmad. Maka, faham benarlah Ali. Haji Ahmad sengaja meletakkan syarat yang sedemikian sukar dengan bersebab. Haji Ahmad sudah awal lagi menolak pinangan berkenaan, tetapi sengaja meletakkan syarat. Melayu kita, Melayu beradab.



Note:

Based on true story.

Nama watak adalah rekaan semata-mata.


kill the silence

picture from google images


Silence is killing
Like others say, let the time kill the silence
But seems like silence is killing everyone here
Here in the dark room full with anger of atmosphere
Can you feel it?
Like I felt over the past weeks


When the atmosphere obviously getting dark and darker
Only rain is the last hope
Despite bathing with peaceful and lovely sunshine
No one can denied the last hope
Hope which all desired for
Hope that I am desired too


Kill the silence
Kill the fact that silence is killing
Let the atmosphere full with sunshine of hope
Let the atmosphere fill with rain of happiness
Full with the joy

Saturday, November 13, 2010

catch your dream


(picture from google images)


Dream is the first step in making things come true
So, go to bed
Pull out blanket and continue sleep
Is it what you meant?


Dream is a visualization what things you really desired for
Dream gives you courage to believe in yourself
Dream makes everyone full of hope
So, catch your dream
Despite pull out your blanket :p




23 is just a number

At first, we decided to eat at this spaghetti house. We already sat at the back of the restaurant for the sake of privacy. Konon la. haha At last, we changed out mind.


Cute design. Farm style.




Still in discussion, where to eat -_____-




Finally, end up in KFC. Happy birthday to me! I am 23 ! Well, it is just a number right??? Haha


Me in black tudung. Sengaja pilih picture yang blur.
Yahooohooo




Wednesday, November 10, 2010

Fuh. Particularnya !

Aku ada kenal dengan seseorang ni. Jangan salah anggap dengan entry ini. Ini sesi berkongsi pengalaman dan kisah liku-liku kehidupan. Eceh. Tiba-tiba pula kan.. Ok, mengaku la. Dia roomate aku. Pada awal-awal kenal, aku dah suspek dari tengok gaya bercakap dan penampilan semua, nampak macam particular. Memang tepat jangkaan aku. Memang dia ni sangat particular dan entah, terlalu particular sangat la.


Yang paling tak boleh blah, aku sapu bilik pada awal-awal semester dulu. Korang expect ape? Biasa la kan, kalau gadis-gadis sapu bilik. Dia balik kelas tengah hari tu, dia tanya aku macam ni
"Nab sapu bilik ye?"
Aku macam pelik la bila dia tanya macam tu..Aku jawab pendek je "Ha'ah.."
Dia reply macam ni,
"Oo, patutlah nampak baldi dengan kasut berubah tempat. Kasut tu tadi dekat sebelah katil, sekarang depan pintu"


Woh !!! Haha Sangat detail, sampai kedudakan barang-barang pun dia boleh cam. Kalau aku, tak kisah la letak mana kasut tu, asalkan ada dah cukup kan. Hehe Susunan barang-barang dia memang terletak aje. Geram je aku tengok, sebab biasa la kan. Aku ni main campak je barang. Bila nak guna senang, sebab depan mata. Okay, meh tengok gambar rahsia yang aku snap. Bukti particularnya dia. Kah Kah Kah..




Rak buku pun dia balut. Particular kan?


Close up sikit, ha..kan ke remeh kalau tiap kali nak ambil barang dari rak, kena pulak selak plastik tu.


Okay, lagi contoh. Hehe




Yang ini pun macam dahsyat. Basuh kain pakai glove. Memang ada gadis-gadis macam ni, tapi mesti tak ramai kan.


Okay ini rahsia kita-kita tau, please jangan bocorkan pada orang lain Okay. janji?




Sunday, November 7, 2010

Kenangan berpersatuan

EH..kenapa gambar yang comel ni rosak. Tak pe, kena display juga :)


Sewaktu sekolah, aku gemar join aktiviti persatuan. Waktu form 1, form 2 slow-slow aje la. Tak kan nak beria aktif kan. Baru je masuk sekolah, kena low profile. Bagi chance pada senior-senior. Kahkah.. Cuma hadir mesyuarat tahunan aje. Waktu form 3 pulak, sibuk PMR. Tapi bila dah jejakkan kaki ke form 4, memang sakan la aku berpersatuan. Hehe


Kenangan paling best sepanjang berpersatuan zaman sekolah dulu ialah ketika join Persatuan Usahawan Muda, PUM. Memang seronok sakan, sampai tak belajar la aku. Waktu form 5 bila dah resign, baru sibuk cari buku form 4. Baru sibuk nak study balik inertia dan macam-macam nama pelik pascal, archimedes. Ape nih! Pernah belajar ke time form 4 dulu? haha




Sewaktu jualan hari sukan. Muka masih comel kanak-kanak. Sekarang mestilah masih comel, tapi comel remaja la.Kahkah..


Punyalah aktif kami 30 orang ni. Persatuan ini hanya terhad kepada 30 orang yang bertuah. Syarat kena comel (yang ini paling penting), pandai kira-kira sikit, pandai promote, pandai bercakap depan orang ramai dan pandai memasak (asas pun dah cukup). Ha..itu aje syarat-syaratnya. Hehe Okay, yang syarat pertama itu tipu je. Haha


PUM ni ada konvensyen tahunan, waktu batch kami, merasa la ke USM. Waktu konvensyen, ada pertandingan produk paling inovatif dan lain-lain kategori. Amacam, kami ni kira wakil Perak la juga.KEHKEH.. Tapi, negeri lain memang jauh hebat. Tergamam sebentar.


Seronok berpersatuan, sekali lagi diulang. Tapi pelik sangat sebab bila dah masuk univ, aku tak berminat langsung nak berpersatuan. Mungkin pasang surut mood dan minat juga gamaknya. Haha. Okay, have nice weekend


Rindu sekolah weiii






degil, ala biasa la tu

Memang sikap manusia kalau dilarang buat sesuatu perkara, perkara itu lah yang dia nak buat sangat. Makin dilarang, makin menjadi-jadi degilnya. Contohnya mak cakap jangan tengok doremon waktu maghrib. Mak cakap pergi sembahyang dulu, lepas tu baru sambung tengok. Tapi degil juga, nak juga tengok. Sembahyang pun dalam kadar yang paling pantas. Semua sebab doremon lah ! Waktu maghrib lah dia nak tayangkan. Tapi itu dulu la, zaman gila-gilakan sangat doremon -___-


Sekarang pun masih sama. Kita tarik langsir bilik sebab panas, lepas tu kita buka tingkap luas-luas. Berkuwap weh pintu dan segala tingkap tutup. Tapi bila orang tegur, jangan la buka tingkap sebab nyamuk masuk. Tapi kita rasa nak juga buka tingkap, perasan degil yang lebihnya. Kita buka tingkap bahagian meja study kita, yang awak nak sibuk-sibuk kenapa kan. Kita pergi bilik air sekajap, balik bilik awak tutup langsir dan tingkap kita ! Hah..kita memang degil, kita tarik balik langsir dan buka tingkap kita. Haha :P


Wednesday, November 3, 2010

out of memoy



Semalam tengah layan buat kerja dan tiba-tiba stuck. Bukan aku yang stuck tapi program yang tengah aku run. Kes-kes biasa la kalau aku yang stuck. Mana tidaknya, stuck dekat movie la, katil la dan paling best kalau stuck dekat makanan Kakaka Macam pelik pulak sebab stuck dekat program ni, lagi pun kalau stuck biasanya ada error. Aku pun check la single line by single line. Banyangkan kalau ada 900++ lines, memang boleh jadi mesin pengimbas dah mata aku ni. Hehe


Sekali tu, aku check dekat debugger disebabkan rasa tidak puas hati. Line merah dah tak ada, cuma ada garisan hijau yang menceriakan. Kalau line merah, sila take note itu adalah garisan penuh stress. Ada la salah tang mana-mana tuh. Itu lumrah, kalau line merah penuh merata-rata.Hoho


Fuh..amik kau "Out of Memory" katanya. Tak pernah-pernah sepanjang aku belajar menda ni dan buat assignment, benda ni jadi. Siap terang tanpa perlu bersuluh yang penggunaan stacks yang melampau iaitu sebanyak 25 keping stack, eceh stacks pun boleh dijodohkan dengan penjodoh bilangan. Haha Ok, sambung balik.. dengan saiz dimensi setiap satu stacks adalah 512x512 menjadi puncanya kehabisan memory.


Caiya la weh ! Rekod untuk diri sendiri. Haha
Tapi nampaknya kena tukar haluan.


Selamat tinggal stacks dan Hello array ! :)




Tuesday, November 2, 2010

musim orang kahwin.aku?



Salam minggu peperiksaan.
Memang penat sepanjang minggu-minggu ni, aku tidur kejap tak berbantal, kejap tak berselimut dan kejap tak bertilam. Sampai satu tahap, aku tidur atas lantai sambil bertilamkan simen yang sejuk. Okay, jangan salah anggap. Orang cakap aku poyo je study sampai macam gitu. Tapi dalam minggu peperiksaan ni, aku bukan sibuk study sebaliknya siapkan report FYP. Aduh..


Bukan kerja last minute, tapi sebab aku tukar tajuk. Aduh, kena mula dari pendahuluan, chapter 1, topic 1. Merana juga. Kau ni banyak sangat mengeluh. Ok tak nak mengeluh dah. Tapi tak mengapa, cabaran dalam pengajian sebagai seorang pelajar. Eceh..


Berbalik kepada tajuk, musim cuti sekolah dah nak mula. Jemputan kahwin pun banyak juga aku terima. Insyallah mana yang berkesempatan aku akan hadiri. Seronok weh attend kenduri kahwin orang. Makan free yang utamanya selain menunaikan kewajipan untuk attend sebab dah dijemput. Itu aku dengar dalam ceramah, kalau salah sila beri tunjuk ajar. Heh


Makcik-makcik geng mak aku sibuk tanya mak aku. "Anak ko bila nak kahwin nurul"
Penat mak aku nak jawab, "Diorang tak habis belajar lagi. Yang dah habis belajar pun tak dapat kerja lagi. Kalau ada, aku mengajak korang"....


Haha Itu la dialog yang mak aku sering ulang tiap kali dia balik makan kenduri. Geng-geng makcik lain dah sibuk bertanya. Pergi mana-mana kenduri pun orang sibuk bertanya yang itu. Rilek dulu, belajar pun tak habis lagi. Kekeke -___-


Kawan-kawan sekolah rendah aku pun dah ramai yang kahwin. Siap ada yang dah 2-3 orang anak. Untuk amirah, hang bila lagi?Kan dah kerja. Hehe :P






Wednesday, October 27, 2010

photo menara kembar

Assalamualaikum. Seperti biasa, untuk generate mood pagi-pagi aku kena membebel. Tapi roomate masih tidur lagi. Tidur lewat agaknya malam tadi. Mana tidaknya, orang lain sibuk stay up sampai 2/3 pagi, aku pulak pukul 11 dah tarik selimut. Haih.. Macam mana nak dapat 4flat kan? Tiba-tiba nak 4flat pula kan.


Kali ni nak share gambar menara berkembar. Bukan KLCC, tapi yang ada dalam kampus ni. Gagah tersergam menara ni dan yang paling menarik pasal bangunan ni, aku suka gabungan warna dia. Warna purple gitu... :P


Aku edit gambar-gambar ini guna ps, seperti biasa. Kali ni aku cuba dua tona berlainan dalam curves. Aku belajar adjusting tone ni dari satu blog. Tapi bila cari-cari balik, dah lupa la link dia. Haih..Okay, mari layan panorama dalam kampus. Hehe










Untuk dua gambar teratas ni, aku tangkap ketika keluar jogging. Haha Jogging kau! Sebab konon nak turunkan berat badan. Tapi itu semua kisah semester lepas. Semester ni aku jogging dalam internet je. Alasannya mudah aje, tak sempat dan malas. Hehe


Aku adjust guna tone blue ape entah. Sebab nak enhance warna awan tu. Ala, noob je ni. Main try-try je Haha -______-












Gambar-gambar no3 hingga yang akhir ni, aku tangkap dari hostel aje. Amacam parking lot student? Penuh kan. Haha Aku adjust gambar-gambar ni guna tone country ape entah. Haha Aku ni tak ingat la nama tone tu ape. Banyak website boleh download additional tone untuk ps. Try-try la ye. Hehe


Tuesday, October 26, 2010

kenapa ber-belog



1) Mengisi masa lapang
- Walaupun masa tak berapa nak lapang, aku cuba juga nak update. Walaupun entah tiada benda menarik pun nak share. Maka, tulislah entry sebegini rupa. Hehe


2) Untuk future review
- Yang ini paling penting pada pandangan aku. Kalau dalam tahun-tahun akan datang, boleh review balik aktiviti lampau. Eceh, macam dah lama sangat kau nak guna perkataan lampau ye! Ha, entry sebegini pun boleh la direview pada masa hadapan kan?


3) Sebab selalu jadi stalker belog orang Haha
- Pada mulanya, aku seronok baca satu belog ni. Hari-hari mesti aku buka. Kalau tiada update baru pun, aku pergi gali entry lama-lama dalam belog tu. Mungkin 3/4 content belog tu aku dah baca kot. Hehe Itu aku estimate je, tapi memang belog tu menarik. Personal belog yang beliau kongsi cerita aktiviti harian dari zaman remaja beliau di universiti hingga la dah berkahwin dan ada anak.


4) Sebab kawan-kawan lain pun ada belog
- Putri memang blogger tegar, rasanya setiap hari pasti ada update. Aku suka baca belog dia sebab entry yang ringkas. Kadang-kadang aku ni malas nak baca entry yang panjang-panjang so kalau entry yang pendek ada gambar sekeping dua memang menarik minat aku. Seronok baca update kawan-kawan, sekurang-kurangnya dapat tahu recent news pasal diorang. Ye tak? Hehe


5) Belog ni pun macam fb, fs juga
- Boleh tahu gossip terkini pasal rakan-rakan sebaya. Haha Cumanya, kalau di fb dan fs kita boleh tulis gosip macam ini je "hari ini jatuh cinta", tapi sebenarnya tak tulis pun macam gitu di fb. Malu woh! Haha
- Yela, sekali update shout out tu memang dia hadkan berapa huruf je boleh. Tapi dalam belog, fuh...tak ada limit berapa banyak perkataan dalam post tu. Boleh la gossip jadi panjang lebar. Boleh la describe siapa orang berkenaan, umur berapa, tinggal di mana dan bla bla bla. Haha


6) Jana pendapatan
-Yang ini aku tak buat pun, tapi memang menguntungkan sebab korang just tulis belog dan tak perlu pun pergi bangunan ke bangunan untuk berniaga produk, contohnya. Cuma tulis entry dan tengok-tengok ada check untuk di cashkan! woh..Untung.


Okay itu je. Saja nak generate mood pagi-pagi ni :)




Monday, October 25, 2010

Hello exam!

Pejam celik pejam celik dan celik. Ha...dah selesai pun jawab satu paper exam. Rasa macam baru je dating dengan hari isnin yang bertarikh 18 oktober. Tetapi, hari ini sudah tidak sama lagi. Hari ini isnin yang lain, isnin yang bertarikh 25 Oktober.


Aku setuju benar dengan satu ungkapan dari movie omputih yang berbunyi "there is no ordinary moment" . Ha, sungguh. Memang setiap detik tak akan sama. Tak boleh patah balik tiap detik yang lepas. Contohnya, saat aku taip baris pertama untuk entry ini. Mana sama detik waktu berkenaan dengan detik waktu baris ayat yang sedang aku taip kini. Hehe


Update ini sekadar nak melepaskan stress di blog. Tapi dalam bentuk perkataan-perkataan yang digabungkan menjadi ayat. Malas dah nak lepas stress gaya orang putus cinta, menangis sampai mata bengkak-bengkak. Tak pun, makan sampai 2/3 pinggan. Stress mana nampak weh, kalau boleh measure stress tu, sure aku pun tak sanggup tengok.


Okay, selamat berjuang kawan-kawan.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Insyallah.


Note:
Tadi invigilator exam tu asyik usha paper aku je. Tahu la tulisan aku lawa. Walaupun jawapan tak berapa nak lawa. Haha


Sunday, October 24, 2010

geng murai

Musim yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Tempoh 14 minggu telah berjaya dihabiskan dengan jayanya. Selamat datang musim jualan murah. Haha Bukan, bukan musim jualan murah yang datang. Tapi musim peperiksaan kini datang menyapa semua pelajar.


Oleh kerana sudah mula terasa bahang musim peperiksaan, tidur pun sudah tidak lena tapi makan tetap kenyang juga. Hehe Bila duduk di bilik, rasa pressure semacam. Entah kenapa aku tak berkenan dengan environment tersebut. Haha Pressure tengok katil, tengok bantal. Rasa macam nak tidur je !


Aku pun nomad di bilik khai. Dah dua malam tidur di sana. Tapi tak juga khatam study subjek exam hari isnin ni. Mana tidaknya, bersembang non-stop dan segala macam gossip keluar! Terasa semua beban masalah terlerai. Eceh. Betul la, orang perempuan ni memang banyak bercakap, kalau kurang bercakap tu memang something wrong la tu. Kami dah macam geng murai untuk dua malam berturut-turut ni. Seronok !


Okay, di kesempatan ini aku nak wish Selamat bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. All the best. Oh ya, aku ada dua kerja penting dalam 3 minggu terakhir ini. Fyp dan exam. Okay, wish me luck !
:)




Geng murai sewaktu semester 3. Muka sungguh remaja :))




Thursday, October 21, 2010

clarify, and continue to think positive



Haha What is link between thinking positive and these cornflakes cookies right??? Another story behind it.


I went to see her at last. At first, I went to the faculty to see my SV. After my consultation session with my Sv end, I decided to take a look at her room which is on the top of the building. It was a jackpot when she was in the room with 2 other technicians.


I knocked the door and guess what, her eyes were roaring as she opened the door. Haha So, I introduced myself and clarify all those misunderstanding. Fuhh...Luckily it was easy to deal with her. She wasn't too complicated as I thought. But, I still don't get the point. How comes to earth she can think that way at first. Haha Whatever, it is settle now.


Surprisingly, I spent 1 hour at her room. Wasn't it weird? It only took 5 minutes for me to clarify the misunderstanding and the other 55 minutes was filled up with ulalala conversation me with her. Wasn't it funny? Again.. Haha We talked many things. She is just that way, many things to be talk and to gossip!


Before I went back to hostel, another jackpot! She gave me hints for the final examination. Read this chapter, bla bla, stress on this topic. bla bla bla... Haha Hey classmate, do see me to find out those bla bla bla okay! :)


Suddenly, she asked me "Where is my kuih raya???" "None of you gave me!"
Haha Okay, After final examination + FYP presentation, I'll do something for you.
I mumbled myself. hehe
Insyallah


p/s Heavy workloads right now!
Take care