
Pagi-pagi celik mata, nampak view cantik. Pokok-pokok menghijau, ala-ala berada di desa yang permai gitu. Kalau dari awal dapat bilik macam gini, mesti mata aku elok dan terpelihara. Maklumlah, tengok laptop entah berapa jam sehari. Buat assignment (yang ini betul), buat projek dan tidak dilupakan layan macam-macam cerita KehKeh..Belum termasuk aktiviti online yang melampau. Sekarang mata macam dah tak berapa focus, nampak lelaki kacak macam kabur-kabur je. Haha

Tidak dilupakan, kami ber6 dalam bilik ni dapat kawan baru. Hehe Pagi-pagi mesti kawan baru datang bagi surprise. Aiyoo.. Ini gambar pertama cubaan untuk mencuri buku CCNA Lynn. Haha

Okay, focus. Sekarang M cuba nak lari, setelah capai buku berkenaan. Tapi tak mampu nak angkat sebab berat buku CCNA tu. Lepas tu, M tarik-tarik tisu tu. Haha Pandai guna tisu rupanya.

Setelah dihalau secara baik, begini lah jadinya. Hanya duduk bersantai di mengenangkan nasib. haha
Hello kawan baru ! :)
woahh... ni bilik baru kat mana? nasib ada grill kat tingkap. lau tak, mau nya masuk bilik. lagi haru. huhu
ReplyDeletekolej kediaman dalam uitm ni
ReplyDeletetapi memang dikelilingi hutan ;p
itu yang ade cik monyet dan rakan2
Huiiiiii, sebijik macam bilik km kat UKM dulu.
ReplyDeleteM adalah musuh ketat penghuni2..
Selamat bermesra dgn mereka..
hehe
itu la...terpaksa la menjadi jiran tetangga
ReplyDelete:P
Comel nye MrM
ReplyDeleteseroja ke ? =)
ReplyDelete