
Hakikat bahawa masa itu seperti air sungai yang mengalir. Tidak dapat ditahan atau disekat malah dirasakan semakin deras alirannya. Sedar atau tidak, kini bulan september telah menghampiri tirainya. Iya, pada aku, kalau dah cecah 20 hari ke atas memang dah penghujung bulan la. Bulan syawal pula sudah mencecah hari ke 16. Masih rancak dengan open house barangkali, rancak juga bersembang tentang cerita di hari raya dan stok kuih raya masih ada saki baki.
Kalau dahulu, bulan puasa dirasakan sangat panjang. Balik sekolah je campak beg, berlari ke dapur. Jenguk emak yang sedang sibuk menyiapkan kuih untuk jualan di bazaar ramadhan. Ayat lazim yang diucapkan pada mak:
“hari ni tak larat, nak puasa sekerat hari boleh tak???”
Masih teringat istilah puasa sekerat hari. Motivasi diri yang emak berikan, dan tahun berikutnya berjaya puasa penuh sebulan. Satu hari dirasakan amat panjang dan sebulan berpuasa dirasakan terlalu lama.
Hakikatnya, kini sebulan berpuasa terasa begitu cepat, terasa masih belum puas ronda-ronda di bazaar ramadhan mencari juadah enak dan belum puas tawaf shopping mall mencari pakaian tercantik untuk dipakai pagi 1 syawal. Eh, ke situ pula aku pergi.
Tapi ada yang lebih penting dari kerancakkan shopping dan buat kuih raya. Amal ibadah, sempat ker tidak aku pulun 30 hari beribadat siang dan malam. Mengalunkan bacaan Al-Quran yang pahalanya digandakan, bangun solat malam dan berzikir. Ramadhan yang datang menyapa dan meninggalkan kita dengan begitu pantas. Rasanya belum sempat bermesra dan belum puas berkenal-kenalan. Moga-moga amalan yang dilakukan diberkati dan diterima hendaknya.
Itulah hakikat yang perlu ditelan. Masa yang berlalu mana mungkin dapat kita ulangi. Teringat satu ucapan dalam filem “There is no ordinary moments”. Sungguh, itulah hakikat masa.
Hakikatnya kini, jam sudah menunjukkan 2.15 petang. Hakikat yang aku masih memiliki banyak tugasan yang terbengkalai. Sudah selesai berpuasa enam? Aku masih ada 6 hari lagi. HEHE
No comments:
Post a Comment