
picture from google images
Seorang sahabat berkali-kali menyatakan yang aku seorang yang berfikiran positif. Katanya aku selalu berpandangan positif dalam tiap-tiap situasi. Katanya lagi dalam keadaan yang runcing sekali pun, aku masih mampu tersenyum dan paling hebat katanya, aku masih boleh berlawak.
Itu kata seorang sahabat. Aku terfikir juga. Adakah betul kata-kata beliau. Mungkin luaran nampak sebegitu, tapi jauh dalam kegelapan sinar malam, aku tidak segagah yang kau sangka.
Beliau sering mengadu pada aku masalah yang dihadapi. Katanya beliau tiada semangat dan seringkali hampa dan perlukan sokongan seseorang. Katanya lagi, beliau mahu mencuri sedikit semangat positif yang ada padaku. Benar atau tidak, memang aku selalu bagi kata-kata perangsang. Tapi, jauh di sudut hatiku, aku juga sama sepertimu sahabat.
Aku juga selalu mencari-cari kekuatan untuk bertahan. Bertahan dalam segala masalah yang dihadapi. Iya, memang lumrah hidup manusia yang sentiasa disapa oleh masalah. Namun, kita sendiri yang perlu mencorakkannya.
Projek akhir semester yang masih dalam status tanda tanya. Status yang aku sendiri pun ragu-ragu. Katanya, aku kelihatan positif bila beliau ajukan soalan sebegini "Sempat tak nak siap projek ni, risau la"
Iya, aku pun sangat risau. Risau yang teramat, tapi aku sembunyikan. Lebih tepat lagi, kini aku juga gelabah. Itulah situasi yang sama kita hadapi kini. Aku berfikiran positif hanya mahu melindungi rasa risau dan gelabah aku. Itu yang pasti.
Yahooooo
No comments:
Post a Comment