Friday, October 1, 2010

hikmah

Perkara yang sering kita elak dan kalau boleh mahu berlari sejauh yang mungkin, itu lah yang datang hampiri. Sering kali cuba mengelak dan bermati-matian mahu mancari alasan yang sesuai dengan harapan dapat berselindung. Tapi sering kali juga gagal.


Ini kerana apa yang kita terlalu inginkan, sesungguhnya benar-benar inginkan. Terbawa-bawa dalam mimpi tiap malam dan teringat-ingat di siang hari, tapi semakin jauh apabila kita cuba membuka langkah pertama. Mana mungkin mengejar sesuatu yang terlampau jauh hinggakan tidak tercapai mahu sedetik pun.


Realitinya, sesuatu yang benar-benar diingini itu mungkin ada keburukan yang kita akan benci suatu hari kelak. Perkara yang sungguh-sungguh kita mahukan itu mungkin akan menjadikan kita bongkak dan riak. Siapa tahu, perkara yang kita benci dan mahu elakkan pada hari ini adalah sesuatu yang terbaik untuk diri pada masa hadapan kelak. Perkara yang kita benci ini lah yang membentuk diri menjadi insan yang lebih bersyukur dan dekat padaNya.


Maka, apa juga yang dihadapi pasti ada hikmah disebaliknya. Cari lah kebaikan dalam sesuatu perkara. Jangan hanya memandang keburukan sehingga keburukan menutup kebaikan yang ada. Percaya, Allah pasti tetapkan sesuatu yang terbaik untuk hambanya. Insyallah.

1 comment:

  1. Allah tidak akan membebani kita dengan bebanan yg tak dapat ditanggung oleh hamba2 nya..
    Selepas hujan, cerah pasti muncul kembali! =)

    ReplyDelete