Tuesday, October 12, 2010

Cerita nombor plat kereta

Musim perayaan dan keadaan jalan raya yang sesak adalah kemestian. Apalah erti perayaan tanpa berhempas pulas dan menahan sabar dalam kesesakan jalan. Di kampung, emak saudara dan sepupu-sepupu bising kerana ramai di kalangan saudara mara yang pakai kereta baru sempena hari raya. Mungkin memang hajat nak memandu kereta buka plastik sudah lama dalam angan-angan. Maka, musim perayaan adalah masa paling sesuai untuk merealisasikan impian berkenaan. Bukan mahu menunjuk pada kerabat yang lain, tapi ianya satu kepuasan dapat berhari raya dalam serba serbi baru.

Aku Cuma mendengar perbualan mereka. Antara baris-baris ayat yang aku dengar, anak pak tam pakai kereta hitam besar, anak pak usop hujung kampung pakai mpv luar negara dan macam-macam lagi. Haha begini rupanya gelagat orang yang dah bekerluarga. Masing-masing mungkin berlumba mahu menunjukkan kejayaan di Bandar pada orang kampung. Tidak salah, tapi mungkin persaingan sihat untuk baiki tahap kehidupan.

No plat perak dah AHG, Penang dah PJQ dan Wilayah Persekutuan WUC. Itu bancian yang aku buat sepanjang hari raya berdasarkan kereta baru yang dipandu saudara-mara. Sepupu aku dari Penang keretanya baru seminggu sampai sebelum hari raya dan no platnya PJQ. Emak saudara di Puchong pula keretanya WUC dan motosikal adik aku AHG. Bising emak saudara bertanya no plat perlis dah sampai mana pada umi, kononnya umi belajar di perlis maka sudah dikira menjadi warga perlis. Umi jawab dengan selamber, tak habis-habis lagi 2 huruf. Baru RJ, mungkin.

Kak long pula menjawab dengan yakin plat negeri Kelantan mungkin DBA bla bla. Entah, yang ini aku pun tak berapa pasti. Maklumlah, tiada saudara mara terdekat yang berasal dari Kelantan. Maka aku tak mengikuti plat negeri terbabit. Sepupu-sepupu dari KL dan Selangor pula yakin menjawab plat terkini masing-masing ialah WUC dan BKP. Oh, yang ini aku yakin kerana aku belajar di Selangor.

Perbualan menjadi semakin rancak, emak saudara bertanya lagi, plat Johor dah sampai mana? Aku dengan yakin menjawab yang terbaru ialah JMK. Tiba-tiba semua mata tertumpu pada aku. Hah, sudah. Aku salah jawab ker ape ni. Lantas emak saudara membalas “Kak (panggilan untuk emak aku), nak dapat menantu orang johor la tu, siap tahu plat negeri johor” dan diiringi gelak tawa semua orang disitu. Ceh..Aku terkena rupanya!

Seronok mereka mencanang cerita kononnya boyfriend aku yang tidak wujud itu adalah orang johor. Haha Siap paksa aku bercerita lagi, walhal tak kan aku nak reka cerita pula. Macam-macam la emak saudara aku ni, kalau dah berkumpul ramai-ramai memang bergosip sampai lewat malam. Aku layankan aje.

Oh ya, plat JMK tu adalah milik kereta hitam yang aku usha! Pak cik tu ade ramai anak lelaki kacak. Haha Sebab itu aku update dengan plat nombor johor. Hehe :p

3 comments: