Saturday, December 18, 2010

sejuk

Tiap-tiap hari hujan. Sejuk je rasa. Kalau lazimnya waktu siang mesti tak mahu kalah, pasang kipas dengan kelajuan paling tinggi. Okay, mesti la semua tahu kelajuan paling tinggi pun adalah 5 kan. Okay, itu kalau hari-hari biasa. Sekarang ni, dalam bilik masing-masing pakai stokin bagai. Haha Kalau yang ikat sanggul tinggi-tinggi lepas tu ditambah pula pakai stokin warna hitam Eh..Eh...comel.


Tapi sejak kebelakangan ni, sejuk. Seronok kerana tidur pun lena. Bila tidur lena, nak bangun pagi pun semangat aje. Eh, mesti la bangun dengan semangat sebab dah dapat tidur yang berkualiti. Walhal, mesti ada yang salah sangka bila tidur lena, lepas tu liat nak bangun. Tidak tidak -___-"


Seronok. Harap-harap tiap-tiap hari pun sejuk macam ni. Okay, lupakan masalah kain jemuran yang tidak kering-kering kerana matahari tidak muncul untuk menyapa.


Sejuknya. Sedap tidur wei !

No comments:

Post a Comment