Thursday, December 16, 2010

watak kehidupan

Kau adalah pelakon utama dalam wayang kehidupan sendiri
Wayang kehidupan yang menyusur pada tiap saat dan detik
Selagi mana nyawa dipinjamkan buat sementara


Kau di kelilingi oleh pelbagai wajah dan watak
Watak yang membawa pelbagai karekter dan rencana
Watak yang menemani kau di kala duka
Watak yang muncul pada saat gembira
Tapi yang menyorok di saat kau hiba


Pernahkah ada watak yang jujur pada kau
Yang mampu pinjamkan bahu bila mana kau kecundang
Yang sanggup hulurkan tangan pabila kau tersungkur
Yang sesungguhnya mampu menyuntik setitis semangat


Kau carikan watak itu untuk aku
Agar aku dapat dakap kemas
Aku bawa lari dan simpan jauh dalam hati
Biar tiada yang tahu


From a friend :)

No comments:

Post a Comment